Header Nuffnang

FxCitizen

Tuesday

TEKNIK FOREX TANPA RUGI

TANPA RUGI, tajuk gempak. Tapi betul ke ada teknik tanpa rugi atau dengan erti kata lain selalu untung?

Anda mahu percaya atau tidak, jawapan saya ADA.
.
.
.
Tapi jangan teruja sangat, sebab teknik apa pun akan ada KELEBIHAN dan KELEMAHAN tersendiri. Kalau nak guna teknik tanpa rugi kena pandai la tackle kelemahan teknik itu barulah akan konsisten untung selamanya ;)

Tanpa buang masa saya akan kongsikan TEKNIK FOREX TANPA LOSS. Baca sampai habis, baca sekerat jalan MC la ko hehe... 
.
.
.
Teknik Hedging. Hedging adalah teknik trading dengan masuk buy dan sell secara serentak. Ramai yang tahu apa itu Hedging, tetapi tak ramai tahu ada cara hedging untuk selamatkan position trading dari kerugian secara total. Teknik Hedging ini Popular ketika dahulu, ia dinamakan TEKNIK HEDGING TANPA RUGI.


Ok, Jom kita mula belajar !

Penerangan ringkas, segala pengiraan di sini adalah tanpa spread supaya mudah faham. Strateginya adalah anda boleh masuk BUY atau SELL ikut suka anda.


Contoh:

BUY Lot Volume 0.1 pada 1.2160
* dan Set TAKE PROFIT pada 1.2190 (jarak 30 pip)
* dan Set STOP LOSS pada 1.2100 (jarak 60 pip)

Pada masa yang sama atau beberapa saat selepas itu, anda letak SELL STOP Lot 0.3 pada 1.2130 (jarak 30 pip dari BUY tadi)
* Set STOP LOSS pada 1.2190
* Set TAKE PROFIT pada 1.2100

Ambil perhatian pada Nilai Lot Volume.



Jika Take Profit pada 1.2190 tak sampai, dan price terjun ke bawah dan terkena SELL STOP pada 1.2130 dan katakan ia terus ke TAKE PROFIT order SELL STOP tersebut.

Order SELL STOPP kita akan untung 30pip x 0.3 Lot = USD 90
Order BUY awal tadi kita akan rugi 60pip x 0.1 Lot = USD 60

Jadi, 
Keuntungan Sebenar = Keuntungan - Kerugian
                                  = USD 90 - USD 60 = USD 30

Rujuk gambar rajah di bawah:



Katakan price turun, tetapi tak sampai pun 1.2100 dan naik balik, jadi kita akan ada dua order sedang floating, iaitu Buy dan Sell.

Jika price naik balik dan hampir naik ke 1.2160, kita letak order BUY STOP pula dengan Lot Volume 0.6 pada 1.2160



TP BUY STOP baru pada 1.2190 dan SL pada 1.2100

Jadi situasi ini kita akan ada 3 order sedang floating, iaitu BUY masa awal-awal tadi, SELL pada pertengahan tadi, dan BUY yang baru saja trigger tadi.

Jika Price terus bergerak ke atas, ia akan mencapai 1.2190 dan kita akan kena TP pada BUY 0.6 lot volume tadi. Dan order SELL kena SL betul tak?

Pengiraan:

BUY 0.1 kena TP di 1.2190 = USD 30 untung
SELL 0.3 kena SL di 1.2190 = USD 180 rugi
BUY 0.6 kena TP di 1.2190 = USD 180 untung

Jumlah masih untung USD 30

Rujuk gambar rajah di bawah :




Menarik bukan?

Kemana arah pun anda akan mendapat untung. Bebas masuk BUY dan SELL tanpa berfikir panjang.

Jika market terus sideway, anda haya perlu ulang kaedah serupa dengan Lot Volume seperti ini:
0.1, 0.3, 0.6, 1.2, 2.4, 41.8, 9.6, 19.2, 38.4, 76.8 dan seterusnya...

Nampak mudah tetapi ada beberapa perkara perlu diberi perhatian:

Anda perlu cari pair yang jarang sideway, pergerakan seharian adalah 120 pip ke atas, agar mudah anda selesai urusan trading seharian atau tidak floating lama. Semakin lama sideway, semakin besar margin diperlukan. Disini kekuatan akaun yang besar sangat diperlukan!






Artikel ini credit kepada Moshed.com